Sunday, July 13, 2008

Amanahkah kita?

Sebenarnya apa yang nak diperkatakan di sini mungkin tidaklah seserius tajuknya.. :) Mungkin ada sesetengah orang menganggap ianya remeh, dan tidak perlu diperkatakan atau dibincangkan langsung... Namun kadangkala hati terasa resah sendiri, memikirkan perkara-perkara yang dianggap remeh oleh sesetengah orang...

Amanah... Satu perkataan yang cukup mudah... Tapi tidak semudah itu untuk mempraktikkannya... Ingatan ini pastinya harus ditujukan untuk diri sendiri dahulu, moga-moga akan sentiasa beringat dengan perlakuan, tutur kata dan tindak-tanduk seharian yang mungkin mengakibatkan diri ini melanggar amanah yang dipertanggungjawabkan.... Dan jika ada pembaca yang turut sama terkesan dengan posting ini, Alhamdulillah... Moga-moga Allah membuka hati kita untuk sentiasa memperbaiki diri....

Setiap orang ada peranannya... Kecil atau besar, itu tidak penting, kerana di sisiNya, semua yang berlaku, dan yang diperlakukan, ada natijahnya... Baik dibalas pahala, buruk dibalas dosa... Ketika orang sibuk menuding jari ke arah ahli-ahli politik dan pemimpin negara yang kononnya selalu pecah amanah, rasuah dan pelbagai lagi aktiviti tidak sihat, rasanya kita juga harus menghalusi dan sentiasa muhasabah diri agar tidak turut melakukan perkara yang sama...

Tak semestinya kita tidak memegang jawatan-jawatan besar di tempat kerja, kita dikira tidak perlu menjaga amanah... Telah banyak kali diperkatakan, gaji yang diberi setiap bulan, adalah ganjaran kepada pekerjaan yang dilakukan... Tapi, amanahkah kita dengan pekerjaan itu? Sepatutnya kita bekerja dari 8.10 pagi sehingga 5.10 petang (mengambil contoh tempat kerja saya sekarang)... Tolak 1 jam waktu rehat tgh hari... Dalam tempoh itu, kita bekerja dengan sungguh-sungguhkah? Ke main game yang banyak? ;) Saya juga ada bermain game.. Tipulah kalau kata tak pernah, cumanya janganlah pula itu dijadikan aktiviti utama seharian... Setakat menghilangkan tension di kepala seketika...

Barang-barang keperluan pejabat pun rasanya banyak yang disalahgunakan... Mungkin ada yang kata, ala... benda-benda tu murah je... takat nak guna sikit utk keperluan peribadi, apa salahnya.. lahai, kalau dah tahu murah, belila guna duit sendiri... Saya pun bukanlah baik sangat, ada jugak pernah terpakai harta-harta ofis untuk kegunaan sendiri, huhuhu... Tapi saya cuba untuk ingatkan diri sendiri balik, aku ni mungkin tak pernah diuji dengan amanah-amanah besar, tapi amanah-amanah kecik banyak yg kita hadapi setiap hari...

Cuba kita fikir-fikirkan...

- Pernah tak kita guna printer ofis untuk print borang mintak kerja ke, print resit bayar bil thru Maybank2u ke atau apa-apa sajalah yang berunsurkan kepentingan peribadi...

- Kalau dah print tu, mesti nak stapler kan... Stapler tu, dan staples nya, beli guna duit kita ke atau harta pejabat?

- Kertas yang kita guna tu, hurm... biasanya kalau dah guna printer ofis, mestilah guna kertas yang dah siap sedia ada dalam printer tu... kan? Harta ofis laaagi...

- Kadang-kadang gam yang 50sen sebotol tu pun guna yang ofis... Tu belum termasuk pen, marker, etc...


Kita tidaklah memegang amanah sehebat Khalifah-khalifah atau pemimpin-pemimpin dunia, tapi kalau kita nak jaga diri sendiri, rasanya eloklah kita bermula dari perkara-perkara kecil sebegini... kan?