Tuesday, October 7, 2008

Selamat Hari Raya AidilFitri 1429H...

Di kesempatan ini, aku ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang berkunjung ke blog ini.. (macam la ramai yg dtg sini ye... hahaha..)...

Tahun ini kami sekeluarga cuma beraya di kawasan Alor Star aje... Doktor dah x bg pegi outstation.. aku pun tak berani jugak ambil risiko untuk "ke luar daerah" mana la tau kot2 tersakit ke nanti, tak dan pulak nak patah balik ke A.S... tapi nampaknya sehingga ke hari ini, my little baby girl masih selesa "bergelodak" in my womb.. Bila nak keluar ni ye sayang? Huhuhu... But then, according to the gynae, during my last check up, I will be giving birth to this baby any time now.. (since 2 minggu lepas lagi dah gitu ayatnya.. tapi still x de rasa contraction or any signs of delivery lagik sampai skang...) Itu jugaklah yang membuatkan kami bertiga sekadar round-round keliling bandaraya Alor Star sempena raya kali ni...

Gambar raya... belum sempat ditransfer ke laptop.... Insya Allah dalam seminggu dua lagi akan diupload... Raya kali ni, for the first time kami bertiga bergambar di pagi raya... Haha, itupun sbb aku yg tersedar, kami tak pernah bergambar sekeluarga kecil kami di pagi raya, walaupun dah 3 kali beraya bertiga... So kali ni kami berjaya jugak bergambar bersama (walaupun aku beraya dengan baju pregnant.. huhu...)...

Ezzat pulak, sejak 3 bulan lepas dia dah boleh baca Fatihah sendiri.. walaupun kdg2 terlangkau jugak satu dua perkataan, tapi dia dah boleh recite sendiri dari mula sampai ke penghujung surah.... awal2 dulu, Ibu atau Abah kena mulakan ayat demi ayat, then dia akan sambung... tapi Alhamdulillah skang dah boleh baca sendiri... jadinya raya kali ni dia pun tunjukkanlah kemahiran terbaru dia tu kat uncles & aunties dia... But then, aku masih tidak berjaya memujuk dia untuk ke nursery tahun depan... kalau di nursery mungkin lagi byk dia boleh belajar... tengoklah nanti, mungkin kena guna pendekatan paksa rela jugak kot.. :)